Pahang Corporate Management Services logo

Pahang Corporate Management Services

Together We Accomplish

Corporate Structure

Policy

Dasar Polisi Anti Suapan dan Rasuah (PASR PCMS) — komitmen kami terhadap integriti dan tadbir urus yang baik.

Dasar Polisi Anti Suapan dan Rasuah

Pahang Corporate Management Services (PASR PCMS)

PCMS komited untuk menjamin dan mempertingkatkan integriti Pengurusan Tertinggi dan Warga Kerja mengikut peraturan dan undang-undang yang diguna pakai untuk mengekang aktiviti rasuah dan menjadi salah sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (S-GLC) Pahang yang cemerlang serta dapat menyampaikan perkhidmatan kepada pelanggan dengan sebaik mungkin serta merealisasikan visi PCMS sebagai Penyedia Perkhidmatan Pengurusan dan Perundingan Korporat Utama untuk semua.

PCMS menyokong pendekatan toleransi sifar terhadap semua bentuk suapan dan rasuah, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dan komited untuk bertindak secara telus, professional dan berintegriti semasa menjalankan urusan pentadbiran dan operasi.

Warga Kerja PCMS tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa jenis aktiviti rasuah, seperti peras ugut, bersekongkol, pecah amanah, salah guna kuasa, berdagang di bawah pengaruh, penyelewengan, penipuan atau pengubahan wang haram.

Pihak ketiga yang dilantik untuk mewakili kepentingan PCMS mestilah mematuhi prinsip-prinsip yang dinyatakan di dalam polisi ini.

Polisi Anti Suapan dan Rasuah ini digunapakai dalam negara dan peringkat antarabangsa, tanpa pengecualian dan tanpa mengambil kira adat istiadat, amalan tempatan atau kompetitif.

Dasar polisi ini hendaklah dibaca bersama dengan Polisi Anti Suapan dan Rasuah PCMS.

PCMS akan:

a) Mematuhi peruntukan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan Undang-Undang lain yang berkaitan, peraturan, polisi dan prosedur yang telah ditetapkan di dalam melaksanakan tugas mereka;
b) Unit Audit dan Pengurusan Risiko bertanggungjawab memantau pematuhan PASR PCMS;
c) Pihak Pengurusan Atasan PCMS komited untuk melaksanakan kawalan dan penambahbaikan secara berterusan menerusi PASR PCMS; dan
d) Mengambil tindakan sewajarnya ke atas mana-mana pihak yang tidak mematuhi PASR PCMS mengikut peraturan-peraturan, polisi, arahan, prosedur dan garis panduan PCMS atau undang-undang yang berkuatkuasa

Signature